Sunday 24 February 2013

kreatif vs kreativiti

Assalamualaikum wbt...

Apa yang anda tahu mengenai kreatif??...Kreatif menurut kamus bermaksud mempunyai kualiti atau kuasa dalam membuat, mengubah supaya membentuk sesuatu perkara. Menurut kamus, asalnya perkataan ini adalah dari perkataan bahasa Inggeris, ‘create’, cuma tambah -ive, jadi creative, yang mana bahasa melayunya adalah kreatif.

Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.


setiap orang mempunyai daya kreativiti masing-masing, seorang yang kreatif mampu menghasilkan sesuatu idea untuk dia mencipta sesuatu yang mungkin orang lain tidak terfikir untuk melakukannya. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.
 

Kenapa buat blog ni?

Assalamualaikum..

Ehh..sape nih? ttbe muncul blog yang ntah pape je..huhu..meh ni aku habaq hang sapa aku..pada tanggal 8 julai 1989 seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan dan diberi nama NORHAJAH BT ADNAN..dan itu adalah aku..(^_^)V...owh yer..haa kenapa yer aku buat blog nih? aku ni pon bukannye taw sangat macam mane nak berblog ni..so aku cube try test jela..

sebenarnya blog ni aku wujudkan sebenarnya untuk subjek REKACIPTA SPPE2032..(maknenya blog ni berkaitan dengan rekacipta jela? )..jawapannya aku pon xsure lagi. Tapi rasanya sebab dah ada blog sendiri so aku xde lah specific kan blog ni untuk REKACIPTA je..mungkin kalau ada apa-apa yang boleh dikongsikan aku akan kongsikan kt sini. Sharing is caring kan..hihihi..(macam la ada orang nk tgk blog hang nih cik aja..hweh3 ^_^ ) tapi xpe lah..yang pastinya lectureku (Pn Nor Fadila bt Amin) suruh buat and aku standby je..nanti kalau puan nak tengok dh ada..hehe..;p

wassalam...