Wednesday 12 June 2013

PROSES-PROSES KEMASAN


 hai kawan- kawan..alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas..=)

untuk post kali ni saya nk kongsikn tentang aktiviti yang dilakukan untuk menyiapkan projek asas rekacipta kami...
jom tengok apa yang kami lakukan....

projek kami yang telah disapukan dengan pati/hard putty


 kemudian kami sapukan dengan undercoat sebanyak beberapa lapisan


gambar atas ni adalah warna yang kami gunakan sebagai kemasan pada projek kami...kami gunakan water colour.

kami telah menggunaan watercolour kerana untuk mengelakkan bahan kerja kami jadi terhakis..sebelum kerja kemasan kami telah mencuba menggunakan colour spray, tetapi apa yang terjadi, permukaan sterafoam jadi terhakis dan tidak rata. jadi sebab itulah kami hanya menggunakan water colour sahaja...dan hasilnya seperti gambar kt bawah nih..nmpk mcm real je kn..hihi =)

yang ni adalah alat untuk mengopek pisang yang kami berikan nama ALAT 3P (pisau pengupas pisang).

yang ni plak adalah alat untuk menyagat pisang untuk dijadikan kerepek pisang..alat ni kami beri nama SLICE CUTTER FLEXIBLE.

ha ini lah antara proses-proses yang kami lakukan semasa membuat projek asas rekacipta nih..dan ALHAMDULILLAH semuanya berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan kami telah pon membentangkannnya..=)

 

em ini saja untuk post yang ni..semoga kita semua berjaya didunia & diakhirat..INSYAALLAH..^_^

kbai...wassalam ~~~~









Monday 27 May 2013

UNDERCOAT VS HARD PUTTY


 alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati keindahan alam ciptaaNya...herm..untuk post baru ni..saya nak kongsikan sedikit tentang aktiviti yang kami lakukan untuk menyiapkan projek rekacipta kami.

gambar kat atas ni kami tengah menyapukan undercoat pada bahan kerja kami. undercoat ni lebih kurang macam cat putih la, digunakan sebagai lapisan asas sebelum mengecat permukaan dan memudahkan penyerapan



lepas siap letak undercoat, biarkan dulu undercoat tu mengering supaya kerja seterusnya mudah dilakukan. iaitu meletakkan atau menyapukan hard putty pada bahan kerja.


ha ni lah HARD PUTTY....




sapukan hard putty...tapi dekat bengkel kami panggil PATI..benda yang sama jer..hehe..
di sapukan rata pada keseluruhan benda kerja. pati ni jugak salu orang gunakan kalau nak cat semula kereta...sebelum nak mengecat tu kena sapu dengan pati ni dulu lepas tu baru la sembur cat. kalo semasa proses menyapuka pati ni dilakukan dengan baik, hasil yang akan diperolehi nanti pasti akan cantik. so kita lihat nanti hasilnya..=)

ok..itu sahaja aktiviti yang kami lakukan untuk mggu ni..xsempat nak buat yang lain2 sebab nak tunggu undercoat & pati kering tu memerlukan masa yang lama gak la...so kami sambung lain hari...


ouchh...minggu ni adalah minggu STUDYWEEK...gggrrrr.... =/



huhu.....kbai..
WASSALAM.....=)






Sunday 26 May 2013

CLAY & PAPER CLAY

Assalamualaikum wbt...

aktiviti kami minggu ni adalah bermain dengan clay..sebelum membuat model sebenar objek yang akan kami cipta, kami terlebih dahulu akan membuat mockup dengan menggunakan tanah liat ataupun clay. setiap kumpulan diminta untuk membuat mockup untuk mouse (tetikus).
Di bawah ni adalah hasil - hasil yang telah kami buat...macam kelakar je kan..hehe..



Ha yang gambar bawah ni kami menggunakan paper clay. Paper clay ni kalau dibiarkan lama ia akan mengeras dan xboleh nak dilembutkan semula xmacam tanah liat.



Selepas dah mengeras bolehlah diwarnakan..tapi yang ni xsempat diwarnakan sebab mggu seterusnya kami telah mula menbuat projek rekacipta kami.


ok..itu sahaja untuk post kali ni...




JAGA DIRI..HIASI PERIBADI...
WASSALAM..^_^

MOCK UP..PROTOTYPE..MODEL




Assalamualaikum wbt...

Diharapkan kita semua sihat dan sentiasa di dalam redha Ilahi....

_______________________________________________________

Berdasarkan kepada tajuk post nih..agak2 nye la paham tak apa yang dikatakan MOCK UP, PROTOTYPE AND MODEL?...

okey ah..mari kita fahami dulu..apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah di atas ni..



MOCK UP

ianya adalah acuan, selalunya ia digunakan semasa proses brainstorming.

 

di atas ni adalah contoh mock up...



PROTOTYPE 

Prototaip adalah satu jenis, bentuk, atau contoh dari beberapa hal asli yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang, atau standard untuk hal-hal lain daripada kategori yang sama. Beberapa prototaip digunakan untuk mencari kecacatan.






MODEL

Model pula adalah  objek yang digunakan sebagai contoh kepada objek sebenar. Model menyerupai objek sebenar tetapi tidak boleh berfungsi. Sekiranya obej yang sebenar mempunyai button, pada model hanya diletakkan sticker atau apa-apa bahan yang boleh menyerupaip button tetapi tidak berfungsi.







ha..sekarang dah boleh bezakan antara mockup, prototype dan model kan...itulah sedikit ilmu yang dikongsikan..okbai..



WASSALAM.....=)


Friday 24 May 2013

HARTA INTELEK

Assalamualaikum wbt...^_^

post untuk kali ini berkaitan dengan harta intelek..ermm..apa itu harta intelek??

HARTA TAK ALIH

Hartanah spt tanah, rumah dan apa sahaja yang melekat kepada tanah

HARTA ALIH

Harta Persendirian samada berbentuk

boleh tampak

Barang-barang

Tidak tampak

Harta Intelek
 
 APA ITU HARTA INTELEK ?
Merujuk kepada  hasil ciptaan berasaskan fikiran seseorang.
Contoh: rekacipta, hasilkarya, rekabentuk dan penggunaan  imej atau simbol
NamaHarta Intelekitu diberi  kerana segala penciptaan atau hasilkarya itu melibatkan daya pemikiran atau keintelektualan seseorang
Secara asasnya Harta Intelek  adalah berkaitan dengan sesuatu maklumat  yang digabung dengan  harta zahir yang  diguna pakai kepada  salinan barangan yang tidak terhad di seluruh dunia

Harta Intelek wujud bukan kepada salinan barangan tetapi kepada maklumat pada barangan tersebut.


 JENIS-JENIS HARTA INTELEK


 

 HAK CIPTA

Hasilkarya: sastera, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran

Perlu memenuhi kriteria tertentu : keaslian, diletakkan dlm bentuk bahan, kelayakan

Tidak perlu berdaftar

Pemilik mempunyai pilihan untuk mendapatkan remedi sivil atau mengambil tindakan jenayah.



PATEN

RekaciptaProduk atau Proses

Perlu memenuhi kriteria : Baru, Mempunyai langkah-langkah Penciptaan dan Pemakaian Secara Industri

Perkara-perkara yang tidak boleh dipatenkan

Perlu Berdaftar

Tindakan Sivil sahaja





 




 




 CAP DAGANGAN

Simbol atau Cap

Perlu memenuhi kriteria tertentu : distinktif, merujuk kepada barang atau perniagaan yang dijalankan

Perlu berdaftar

Pemilik mempunyai pilihan untuk mendapatkan remedi sivil atau mengambil tindakan jenayah.







 REKABENTUK INDUSTRI

Rekabentuk sesuatu barangan

Perlu memenuhi kriteria tertentu : rekabentuk spt didefinisi, menarik pada pandangan mata, terpakai pada barangan, untuk tujuan industri dan baru.

Perkara-perkara yang tidak boleh didaftarkan

Perlu berdaftar

Tindakan Sivil sahaja






 
















 PASSING OFF


Hak yang diberi di bawah Common Law, berdasarkan kes-kes yang diputuskan.

Melindungi “good will” sesuatu perniagaan

Kriteria: salahnyataan, kepada bakal pelanggan, dalam bidang perniagaan, yang menyebabkan  kerugian kepada peniaga.

Tidak perlu berdaftar.

Mendapat remedi sivil sahaja.




KERAHSIAAN
 
Hak yang diberi di bawah Common Law, berdasarkan kes-kes yang diputuskan.

Kerahsiaan di sini termasuk persendirian, kerajaan atau perniagaan.

Harta Intelek lebih kpd rahsia perniagaan.

Kriteria: maklumat mesti rahsia, tanggungjawab kerahsiaan, penggunaan tanpa izin, pemilik mengalami bahaya.




 selamat membaca...^_^...



 see next post...


 WASSALAM.............