Friday 24 May 2013

HARTA INTELEK

Assalamualaikum wbt...^_^

post untuk kali ini berkaitan dengan harta intelek..ermm..apa itu harta intelek??

HARTA TAK ALIH

Hartanah spt tanah, rumah dan apa sahaja yang melekat kepada tanah

HARTA ALIH

Harta Persendirian samada berbentuk

boleh tampak

Barang-barang

Tidak tampak

Harta Intelek
 
 APA ITU HARTA INTELEK ?
Merujuk kepada  hasil ciptaan berasaskan fikiran seseorang.
Contoh: rekacipta, hasilkarya, rekabentuk dan penggunaan  imej atau simbol
NamaHarta Intelekitu diberi  kerana segala penciptaan atau hasilkarya itu melibatkan daya pemikiran atau keintelektualan seseorang
Secara asasnya Harta Intelek  adalah berkaitan dengan sesuatu maklumat  yang digabung dengan  harta zahir yang  diguna pakai kepada  salinan barangan yang tidak terhad di seluruh dunia

Harta Intelek wujud bukan kepada salinan barangan tetapi kepada maklumat pada barangan tersebut.


 JENIS-JENIS HARTA INTELEK


 

 HAK CIPTA

Hasilkarya: sastera, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran

Perlu memenuhi kriteria tertentu : keaslian, diletakkan dlm bentuk bahan, kelayakan

Tidak perlu berdaftar

Pemilik mempunyai pilihan untuk mendapatkan remedi sivil atau mengambil tindakan jenayah.



PATEN

RekaciptaProduk atau Proses

Perlu memenuhi kriteria : Baru, Mempunyai langkah-langkah Penciptaan dan Pemakaian Secara Industri

Perkara-perkara yang tidak boleh dipatenkan

Perlu Berdaftar

Tindakan Sivil sahaja





 




 




 CAP DAGANGAN

Simbol atau Cap

Perlu memenuhi kriteria tertentu : distinktif, merujuk kepada barang atau perniagaan yang dijalankan

Perlu berdaftar

Pemilik mempunyai pilihan untuk mendapatkan remedi sivil atau mengambil tindakan jenayah.







 REKABENTUK INDUSTRI

Rekabentuk sesuatu barangan

Perlu memenuhi kriteria tertentu : rekabentuk spt didefinisi, menarik pada pandangan mata, terpakai pada barangan, untuk tujuan industri dan baru.

Perkara-perkara yang tidak boleh didaftarkan

Perlu berdaftar

Tindakan Sivil sahaja






 
















 PASSING OFF


Hak yang diberi di bawah Common Law, berdasarkan kes-kes yang diputuskan.

Melindungi “good will” sesuatu perniagaan

Kriteria: salahnyataan, kepada bakal pelanggan, dalam bidang perniagaan, yang menyebabkan  kerugian kepada peniaga.

Tidak perlu berdaftar.

Mendapat remedi sivil sahaja.




KERAHSIAAN
 
Hak yang diberi di bawah Common Law, berdasarkan kes-kes yang diputuskan.

Kerahsiaan di sini termasuk persendirian, kerajaan atau perniagaan.

Harta Intelek lebih kpd rahsia perniagaan.

Kriteria: maklumat mesti rahsia, tanggungjawab kerahsiaan, penggunaan tanpa izin, pemilik mengalami bahaya.




 selamat membaca...^_^...



 see next post...


 WASSALAM.............

No comments:

Post a Comment